Sidang Kemuncak Myhutan
Sidang Kemuncak MyHutan adalah tempat di mana belia tanah air mempelajari dan bertemu dengan pakar dan badan-badan yang terkemuka dalam bidang pemuliharaan alam sekitar! Pelbagai program pembentangan, perkongsian dan forum dari pakar-pakar advokasi orang asli, kesenian dan perundangan alam sekitar diadakan pada sidang ini.
Sesi Panel #1
Perjuangan Iklim: Membina Gerakan Rakyat
Sesi panel bersama pembina gerakan rakyat dan badan masyarakat madani di Malaysia tentang aktivisme iklim tanah air.
Ahli Panel
Heng Kiah Chun
Heng Kiah Chun merupakan jurukempen di Greenpeace Malaysia dan telah meyelaras kempen pencemaran sisa plastik import bersama Greenpeace dari tahun 2018 hingga 2021. Kini, beliau giat aktif dalam kempen menangani pencemaran udara dan isu jerebu rentas sempadan serta banyak lagi kempen alam sekitar dan enviromentalisme bersama Greenpeace Malaysia.
Damien Thanamc
Damien Thanam merupakan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam. Sebagai seorang aktivis alam sekitar, beliau telah lama berkempen untuk pemuliharaan hutan yang lebih menyeluruh dan lantang bersuara terhadap pihak berkuasa tentang dasar pemuliharaan yang kurang efektif dan penguatkuasaan yang lemah terhadap pembalakan. Selain daripada pemuliharaan hutan, beliau dan PEKA juga banyak menyuarakan tentang isu-isu kitar semula dan pembuangan sampah haram serta pelbagai isu persekitaran yang lain
Dato' Ambiga Sreenevasan
Dato' Ambiga Sreenevasan is the former President of the Malaysian Bar Council as well as the former Chairman of the Clean and Fair Election Coalition (BERSIH). She is now an activist who speaks out on issues regarding human rights, indigenous rights and also women and children.
Sesi Panel #1
Power Of Grassroots: Volunteerism In The Environmental Field
Sesi panel tentang kesukarelawanan dan aktivisme akar umbi dalam bidang alam sekitar Malaysia.
Ahli Panel
Mohamed Nur Ridzwan
Mohmaed Nur Ridzwan merupakan seorang ahli Unit Alam Sekitar Team Selangor, sebuah kumpulan sukarelawan dan kemasyarakatan dengan tujuan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kesukarelawanan dan tanggungjawab sivil serta membangunkan komuniti Selangor.
Mohd Yusaimi Md Yusof
Mohd Yusaimi Md Yusof merupakan Presiden Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS Malaysia), sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan khusus bagi meningkatkan kesedaran dalam penjagaan alam sekitar untuk mempastikan kehidupan masyarakat sejagat lebih lestari.
Sesi Panel #3
Life and Death: The Importance of Renewal For Our Native People
Pembentangan dan perbincangan tentang advokasi isu dan kepentingan pembaharuan untuk memelihara tanah pusaka orang asli.
Ahli Panel
Siti Kasim
Siti Kasim merupakan seorang peguam dan advokat hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Malaysia. Beliau merupakan seorang advokat hak orang asli dan berpengalaman dalam bidang advokasi, termasuk advokasi hak tanah dan adat tradisional orang asli.
Sesi Panel #4
Conquering the Climate Crisis for the Future
Sesi panel tentang undang-undang dan dasar iklim yang sedia ada dan yang mustahak di Malaysia serta cadangan dan pandangan pakar tentang dasar yang diperlukan untuk Malaysia pada zaman kini.
Ahli Panel
Dr. Gary Theseira
Dr Gary Theseira merupakan seorang ahli majlis Climate Governance Malaysia dan juga merupakan bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas di Pejabat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Perubahan Iklim. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang perubahan iklim dan penggubalan dasar mampan di Malaysia.
Dr. Irini Ibrahim
Dr Irini Ibrahim merupakan Pensyarah Kanan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Undang-Undang Alam Sekitar, Perlembagaan dan Jenayah dan pernah menulis beberapa artikel yang diterbit dalam jurnal undang-undang yang terkemuka di Malaysia
Kiu Jia Yaw
Kiu Jia Yaw mula berkhidmat dengan Majlis Peguam Malaysia pada tahun 2004. Beliau berkhidmat sebagai Wakil Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Majlis Peguam. Beliau juga merupakan Ahli Sekretariat Kumpulan Parlimen ‘All-Party Malaysia on the Sustainable Development Goals’ (APPGM-SDG). Beliau juga penasihat kepada organisasi yang berkhidmat demi pembangunan lestari, penyertaan belia dan keadilan alam sekitar.
National Youth Climate Consultation
Rundingan Iklim Belia Negara adalah pentas bagi anak muda menyuarakan pendapat dan cadangan dasar negara alam sekitar! Sertai kita dan belia-belia lain dalam merangkakan cadangan dasar perubahan iklim negara yang penting untuk melawan krisis iklim!
Ia terbuka kepada golongan pakar, aktivis, dan orang awam dalam berdiskusi
serta bertukar pandangan berkenaan perangkaan dasar negara yang relevan bagi mendepani pelbagai cabaran perubahan iklim yang kini semakin mengancam dunia.