Forum #6
Pembalakan dan Pemuliharaan Hutan Hujan
Meneroka dan berbincang tentang dasar pembalakan di Malaysia dan masalah-masalah relevan bagi pemuliharaan hutan di Malaysia termasuk pembalakan sebagai sumber dana negeri dan kuasa tanah.
Ahli Panel Forum
Meor Razak
Meor Razak merupakan pegawai lapangan bersama Sahabat Alam Malaysia. Sebagai seorang aktivis alam sekitar, beliau telah melibatkan diri di dalam kegiatan memulihara hutan dan kawasan semula jadi di seluruh negara, termasuk Central Spine Forest, menentang penerokaan dan projek-projek mega yang berupaya untuk menggugat hutan seperti ladang hutan dan pelombongan. Selain daripada bekerja dengan Sahabat Alam Malaysia, beliau juga merupakan penasihat Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan ahli jawatankuasa Persatuan Ekologi Perak.
Damien Thanam
Damien Thanam merupakan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam. Sebagai seorang aktivis alam sekitar, beliau telah lama berkempen untuk pemuliharaan hutan yang lebih menyeluruh dan lantang bersuara terhadap pihak berkuasa tentang dasar pemuliharaan yang kurang efektif dan penguatkuasaan yang lemah terhadap pembalakan. Selain daripada pemuliharaan hutan, beliau dan PEKA juga banyak menyuarakan tentang isu-isu kitar semula dan pembuangan sampah haram serta pelbagai isu persekitaran yang lain.
Bengkel #6
Pembalakan dan Pemuliharaan Hutan Hujan
Meneroka dan berbincang tentang dasar pembalakan di Malaysia dan masalah-masalah relevan bagi pemuliharaan hutan di Malaysia termasuk pembalakan sebagai sumber dana negeri dan kuasa tanah.
Facilitators
Prof. Gopalasamy Reuben Clements
Professor Gopalasamy Reuben Clements merupakan seorang Associate Dean di Sunway University serta pengasas bersama Rimba, sebuah NGO yang telah menjalankan penyelidikan tentang pemuliharaan spesis terancam dan ekosistem di Malaysia Barat. Kumpulan yang diketuai Prof. Reuben telah bekerjasama dengan kerajaan negeri Terengganu untuk mewartakan Taman Negeri Kenyir. Karyanya telah diterbit oleh BBC, New York Times dan National Geographic.